Saturday, August 20, 2011


RENDANG LIMPA LEMBU

1/2 kg limpa lembu dipotong saiz 1 in tebal dan memanjang
1/2 in halia - kisar
5 biji bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 senduk cili kering kisar
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
3 helai daun limau purut
Bawang goreng untuk ditabur (hiasan)

Cara-cara:-

Panaskan kuali dan taruh minyak secukupnya untuk menumis. Bila minyak agak panas masukkan bahan kisar iaitu bawang putih, bawang merah dan halia dahulu. Kacau hingga agak kekuningan kemudian baru masukkan cili kering kisar. Masak hingga naik minyak. Masukkan limpa, santan, kerisik, gula dan garam secukup rasa. Taruh asam keping dan daun limau purut.

Taruh air sedikit dan kecilkan api sehingga limpa agak empuk. Kacau supaya tidak hangus di bahagian bawah dan masak hingga kuah agak pekat.

Sedia untuk dihidangkan. Tabur bawang goreng di atasnya.


No comments:

Post a Comment