Sunday, August 21, 2011


CARA BERLAUK

300 gm tepung gandum
1 biji telor
1/2 biji pati santan kelapa

Inti:-

200 gm daging cincang -
2 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
1/2 inci halia *
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 senduk cili kering kisar
2 sudu besar rempah kari
Sedikit daun kari
(semua bahan * dikisar)
5 biji cili merah dicincang - untuk taburan atas kuih
Daun sup dan daun bawang secukupnya - untuk taburan atas kuih

Cara-cara:-

Bancuh tepung bersama telor, santan, serbuk kunyit dan sedikit air. Blender supaya halus dan tidak bergentel. Adunan beter hendaklah seperti membuat lempeng, tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Taruh sedikit garam secukup rasa.

Bahan untuk inti: Tumis bahan kisar, cili kering kisar, serbuk lada hitam, rempah kari dan daun kari hingga naik bau. Masukkan daging kisar dan masak hingga daging empuk. Taruh sedikit air supaya tidak terlalu kering. Taruh garam dan sedikit gula secukup rasa. Bila sudah masak ketepikan.

Panaskan acuan kemboja pecah lapan. Keluarkan dari oven dan ditaruh sedikit minyak sapi supaya acuan tidak melekat. Masukkan sebentar dalam oven. Tuang adunan tepung ke dalam acuan. Taburkan daging tadi ke dalam adunan tepung serata dan secukupnya. Taburkan cili merah cincang di atasnya. Adunan hendaklah penuh 3/4 dari acuan. Bakar dalam oven 180 degrees celcius selama 25 minit. Bila agak kekuningan terus angkat dan terbalikkan (keluarkan) dari acuan. Bila telah agak sejuk baru ditaburkan dengan daun bawang, daung sup dan bawang goreng di atasnya.

Saturday, August 20, 2011


SHEPPARD PIE

Bahan-Bahan:

400 gm daging kisar
2 tbs lada hitam kisar
1 biji bawang besar potong dadu
4 ulas bawang putih - tumbuk kasar
2 tbs mentega
2 tbs minyak zaitun
1/2 cawan mixed vege
Garam secukup rasa
Kentang 5 biji dan direbus - lenyek
1 labu bawang putih - bakar 1/2 jam.
1/2 cawan susu segar
1/2 paket mozzarella cheese

Cara-Cara:-

Tumis bawang besar dan bawang putih, masukkan daging kisar dan lada hitam serta mixed vege tadi. Taruh garam secukup rasa dan kacau hingga daging empuk. Untuk lebih lembab bancuh 1 tsp tepung jangung dengan 1/2 cawan air masukkan dan daging akan nampak berkilat. Setelah masak masukkan ke dalam caserolle kaca tahan bakar dan ratakan.

Langkah kedua. Keluarkan isi bawang putih dan lenyek bersama kentang tadi ditambah dengan sedikit garam dan 1 1/2 tsp serbuk lada putih serta susu segar tadi di kacau rata. Masukkan di atas daging tadi dan ratakan. Tabur dengan Mozzarella Cheese dan bakar 1/2 jam. Bila permukaan atas agak kekuningan boleh diangkat dan dihidangkan.




DAGING /KAMBING MASSALA

5 Ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

** Kisar semua bahan di atas

1 kg daging (potong ikut suka) / tulang selangka kambing
3 biji kentang - belah 4
2 sudu besar rempah massalah (boleh dapat di kedai/mini market)
3 sudu besar rempah kari daging
2 biji buah keras - tumbuk halus
1/2 cawan susu cair / boleh guna santan juga
4 sudu besar tomato puree
Bawang goreng untuk tabur hiasan
Minyak secukupnya
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:

Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan rempah kari daging dan rempah masalah. Kacau hingga naik minyak. Masukkan daging / tulang kambing, santan/susu cair dan masukkan sedikit air untuk lembutkan daging. Masukkan 4 sudu besar tomato puri ke dalam kuah dan kacau. Kecilkan api tutup periuk. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Bila sudah lembut masukkan kentang dan tomato. Masak hingga kuah pekat. Hidangkan dan tabur dengan bawang goreng.



RENDANG LIMPA LEMBU

1/2 kg limpa lembu dipotong saiz 1 in tebal dan memanjang
1/2 in halia - kisar
5 biji bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 senduk cili kering kisar
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
3 helai daun limau purut
Bawang goreng untuk ditabur (hiasan)

Cara-cara:-

Panaskan kuali dan taruh minyak secukupnya untuk menumis. Bila minyak agak panas masukkan bahan kisar iaitu bawang putih, bawang merah dan halia dahulu. Kacau hingga agak kekuningan kemudian baru masukkan cili kering kisar. Masak hingga naik minyak. Masukkan limpa, santan, kerisik, gula dan garam secukup rasa. Taruh asam keping dan daun limau purut.

Taruh air sedikit dan kecilkan api sehingga limpa agak empuk. Kacau supaya tidak hangus di bahagian bawah dan masak hingga kuah agak pekat.

Sedia untuk dihidangkan. Tabur bawang goreng di atasnya.




PASTA MOZZARELLA CHEESE BAKAR

1 bungkus pasta - rebus 20 minit. taruh 1 sudu besar butter semasa merebus - toskan dan ketepikan

Bahan Sayuran:

1/2 biji lada benggala hijau - potong ikut suka
1/2 biji lada benggala merah - potong ikut suka
1/2 biji lada benggala kuning - potong ikut suka
2 biji tomato - belah baji
1 biji bawang besar - belah baji
5 biji cendawan butang kering - direndam dalam air panas 1/2 jam - tos dan potong ikut suka
2 sudu besar lada hitam kisar
300 gm daging cincang
2 batang leek di potong serong
Brokoli dan bunga kobis di potong ikut suka
1/2 paket mozzarella cheese
1 tin sup mushroom - dimasak bersama 1 tin air. Kacau hingga sebati dan pekat, ketepikan
1 biji lagi bawang besar potong dadu
Etra virgin oil
Garam secukup rasa

Cara-cara:-

Pasta yang telah direbus tadi di masukkan dalam caserolle kaca yang tahan bakar oven. Ratakan.

Bahan untuk menumbis: Taruh 3-4 sudu besar extra virgin oil. Bila agak panas masukkan bawang besar dan tumis hingga naik bau. Masukkan daging cincang dan cendawan dan juga serbuk lada hitam. Masukkan garam sedikit sahaja. Masukkan bahan sayuran yang telah dipotong tadi dan kacau sebentar.
Selepas itu angkat dan taburkan di atas pasta tadi seratanya. Jika 1 paket boleh buat 2 bekas caserolle.

Taburkan mozzarella cheese dan cheddar cheese yang dikoyak-koyakkan di atas permukaan sayuran.

Tuang sup cendawan sehingga habis dan bakar dalam oven 1/2 jam sehingga permukaan di atas pasta agak kekuningan. Angkat dan hidangkan.

Bakar dalam suhu 200 degree celcius.